UNIT PENGURUSAN KUALITI
PENGENALAN
Unit Pengurusan Kualiti UiTM Cawangan Selangor (UCS) bertanggungjawab dalam menguruskan jaminan kualiti dalam sistem kerja dengan menganjurkan audit kualiti, latihan / kursus dan bengkel ke arah Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) UiTM. Ini bertujuan untuk memastikan penambahbaikan berterusan dan sistem pengurusan kualiti UCS adalah mantap dan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh ISO 9001:2015.
FUNGSI
Fungsi Unit Pengurusan Kualiti dalam mencapai penambahbaikan berterusan untuk mencapai
visi, misi, dan dasar kualiti UiTM adalah seperti berikut:
visi, misi, dan dasar kualiti UiTM adalah seperti berikut:
- Memastikan Sistem Pengurusan Kualiti di UCS dapat dibentuk, didokumen, dilaksanadan diselenggara dengan cekap dan berkesan selaras dengan Dasar Kualiti danObjektif Kualiti UiTM, perlaksanaan iQMS (Integrated Quality Management System) dan kehendak pelanggan.
- Menjadikan UCS sebagai sebuah universiti unggul melalui pencapaian objektif kualiti UCS
- Memberi kesedaran kepada warga kampus bahawa paradigma perkhidmatan berkualiti adalah teras kejayaan UCS.
- Membudayakan amalan kualiti yang berterusan di seluruh sistem pengurusan UCS melalui bimbingan, perkongsian dan penyebaran maklumat kualiti secara telus.
- Memastikan pemantauan dan penambahbaikan berterusan sistem pengurusan kualiti UCS demi meningkatkan tahap kepuasan hati pelanggan UCS.
- Memberi kesedaran kepada warga kampus bahawa paradigma perkhidmatan berkualiti adalah teras kejayaan UCS.
CARTA ORGANISASI
CARTA FUNGSI
OBJEKTIF KUALITI
- Mencapai nisbah 1 penerbitan artikel jurnal terindeks per pensyarah
- Mencapai penjanaan pendapatan sekurang-kurangnya 80% daripada KPI yang diberikan kepada UCS
- Memastikan sekurang-kurangnya 30 aktiviti komuniti/ pengantarabangsaan/ keusahawanan dijalankan pada tahun semasa
- Memastikan 90% aduan kerosakan daripada pelanggan diberi respon dalam tempoh 1jam dari masa terima aduan mengikut waktu operasi
- Menyediakan sistem rangkaian setempat dalam kampus melalui backbone antara bangunan dengan kelajuan masing-masing antara 1 Gbps hingga 10 Gbps
- Memastikan 90% staf memenuhi 42 jam latihan setahun
- Memastikan tahap kepuasan pelanggan terhadap penyampaian perkhidmatan mencapai 85% dalam tahun semasa
- Memastikan 90% e-aduan pelanggan diberi respon dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja
- Memastikan 1% pelajar UCS terlibat dalam program pengantarabangsaan
- Memastikan 80% warga universiti menggunakan Perpustakaan Digital UiTM
EVENT
Mini Konvensyen KIK Peringkat UCS
- 23 Ogos 2022, Dewan REF Kampus Puncak Perdana
- Pelaksanaan Mini Konvensyen KIK UCS dapat mewujudkan budaya kerja yang mantap, berinovasi, kreatif dan berpandangan jauh bagi meningkatkan kualiti kerja dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Tema, “Transformasi Minda ke Arah Inovasi Global” seiring dengan semangat yang mendasari agenda transformasi staf demi memastikan kelangsungan perkhidmatan semua bahagian dan unit di UCS.
Link Montaj: http://rebrand.ly/montajkikucs2022
NEWS
SEDANG DIKEMASKINI
MUAT TURUN
SEDANG DIKEMASKINI
Alamat :
Email : @uitm.edu.my
No. Telefon : 03-3258
Sebarang maklumat lanjut mengenai aktiviti dan proses kualiti di UCS boleh didapati daripada Setiausaha JPQ atau Ketua Unit Kualiti.
Email : @uitm.edu.my
No. Telefon : 03-3258
Sebarang maklumat lanjut mengenai aktiviti dan proses kualiti di UCS boleh didapati daripada Setiausaha JPQ atau Ketua Unit Kualiti.
UNIT PENGURUSAN KUALITI
NAMA | JAWATAN | NO. TELEFON | E-MEL |
Dr. Shantakumari Rajan | Ketua Unit | 603 32584443 | shanta@uitm.edu.my |
Alfina Bakar K.M.N. | Wakil Pengurusan | 603 32584014 | alfina@uitm.edu.my |
Nursyakirin Jantan | Setiausaha | 603 32584162 | nursyakirin@uitm.edu.my |
Mohammad Hisham Alias | Ketua Sistem Audit | 603 32584053 | hisham3005@uitm.edu.my |
Noor Rashidah A. Rahman |
Penyelaras Dokumen Kualiti | 603 3258 4106 | noorr467@uitm.edu.my |
Mohd Tarmizi Abdul Raman | Penyelaras Kecemerlangan Operasi (OE) | 603 79622199 | mizie403@uitm.edu.my |
Zolkeflee Haron | Penyelaras Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) | 603 79622351 | zolke452@uitm.edu.my |
Qamarul Anuar Mohamad | Penyelaras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) | 603 32584179 | qamarul@uitm.edu.my |
Mohammad Rahimi Aziz | Penyelaras Pengurusan Risiko | 603 355443447 | moham724@uitm.edu.my |
Kosong | Penyelaras Komunikasi Dalaman | ||
Muhammad Najih Irsyad Ahmad Puhad | Penyelaras Latihan | 603 3258 4112 | najihirsyad@uitm.edu.my |
Sr Mohd Shaharudin Saud | Penyelaras Analisa Data dan Kepuasan Pelanggan | 603 32584059 | shaharudin@uitm.edu.my |
Kosong | Penyelaras Dokumentasi dan Pelaporan | ||
Aishah Mohamed Idris | Penyelaras Pengurusan Kualiti Kampus Sungai Buloh |
603-6126 7618 | aishah@uitm.edu.my |