PENCALONAN WAKIL JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGERI (JKKPN) UiTM DAN SUB-JAWATANKUASA KECIL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (SOSHCo) UiTM CAWANGAN SELANGOR BAGI TAKLIMAT SYSTEMATIC OCCUPATIONAL HEALTH ENHANCEMENT LEVEL

    PENCALONAN WAKIL JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGERI (JKKPNUiTM DAN SUB-JAWATANKUASA KECIL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (SOSHCo) UiTM CAWANGAN SELANGOR BAGI TAKLIMAT SYSTEMATIC OCCUPATIONAL HEALTH ENHANCEMENT LEVEL - DO IT YOURSELF (SOHELP-DIY)

     

    Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

     

    1.      Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Kesejahteraan(COSHaW) dengan kerjasama Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UiTM Shah Alam. Telah bersetuju untuk mengadakan taklimat secara atas talian berkaitan Systematic Occupational Health Enhancement Level (SOHELP-DIY) dengan kerjasama Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UiTM Shah Alam.
    2.      Tujuan taklimat SOHELP dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di tempat kerja terutamanya dalam aspek pengurusan kimia, ergonomik dan pendedahan bunyi bising. Program SOHELP ini akan dilaksanakan berdasarkan pematuhan perundangan berkaitan kesihatan iaitu Peraturan Kilang dan Jentera (Pendedahan Bising) 1989, Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 dan Garis panduan Penilaian Risiko Ergonomik di Tempat Kerja.
    3.           Butiran taklimat SOHELP adalah seperti berikut:

    Tarikh

    :

    2, 22 dan 24 Jun 2021 

    (Platform: Zoom)

    Masa

    :

    8.30 pagi hingga 4.30 petang

    Tajuk

    :

    2 Jun 2021- Pengurusan Bahan Kimia

    22 Jun 2021- Ergonomik dan Bunyi Bising

    24 Jun 2021- Pemakaian Alat Perlindungan Diri (PPE)


    1.       Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon pencalonan3 nama daripada Pusat Tanggungjawab (PTJ) bagi SOSHCo UCS dan JKKPN bagi UiTM Cawangan (Sila rujuk Lampiran A dan B) sebagai wakil untuk menghadiri 3 sesi taklimat ini. Pencalonan daripada Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Kampus Puncak Alam tiada had kerana telah berdaftar SOHELP secara rasmi di bawah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Penyertaan secara individu boleh dibuat melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Pusat Tanggungjawab/JKKPN masing-masing.
    2. 6.           Pencalonan tersebut perlu dibuat dan dihantar selewat-lewatnya pada 28 Mei 2021 (Jumaat) sebelum jam 5.00 petang kepada pihak kami dengan muatnaik borang kehadiran melalui pautan tersebut: https://forms.gle/ktD6pTxChVeWwcQd7 . Sekiranya YBhg. Dato’/Profesor Madya/Dr/Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di talian 03-32587224.
    3.         Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak YBhg. Dato’/Profesor Madya/Dr/Tuan/Puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ribuan terima kasih.

    Sekian.

    Pusat Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Kesejahteraan
    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia.

    Tel: +603-3258 7 223 / 224
    Fax: +603-3258 4019