Simposium Makanan Warisan Nusantara

 

8 June 2024 - Setinggi tahniah diucapkan kepada Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan atas penganjuran Simposium Makanan Warisan Nusantara. Majlis yang dirasmikan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS itu juga menyaksikan pelancaran buku Persejarahan Makanan Malaysia, disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara YBrs. Tuan Muhamad Muda Bahadin.

Turut hadir memeriahkan majlis dan menyampaikan ucaptama adalah YBhg. Dato Chef Ismail Ahmad, Chef Selebriti jemputan khas yang juga merupakan Duta Pelancongan Malaysia. Program telah bermula dengan 4 sesi pembentangan oleh pakar-pakar bidang dan pertandingan masakan yang disertai oleh delegasi dari University Asa Indonesia. Semoga pihak fakulti terus mengukuhkan ikatan budaya dan tradisi yang menjadi sebahagian daripada identiti kita khususnya antara Malaysia dan Indonesia.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000