29 Jun 2024 - UCS Green Ribbon Fun Run 2024 anjuran Unit Kesihatan UiTM Cawangan Selangor telah dijayakan dengan penyertaan lebih daripada 260 peserta yang terdiri daripada pelajar, staf dan orang awam. Acara dimulakan dengan sesi pemanasan badan sebelum aktiviti Fun Run sejauh 3 km. Selain aktiviti larian, program turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti tambahan seperti booth pemeriksaan kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Daerah dan booth saringan kesihatan mental yang dikendalikan oleh Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Puncak Alam.
Perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Profesor Madya Sr Dr Rosmadi Ghazali, Timbalan Rektor (Bahagian Hubungan Industri, Komuniti, Alumni Dan Keusahawanan (iCARE), mewakili Rektor UCS.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat