Minggu Destini Siswa Sesi Oktober 2024-Februari 2025 Kampus Sungai Buloh, Kampus Puncak Perdana dan Kampus Puncak Alam

 

3 September 2024 - Sesi Bersama Pengurusan UiTM Cawangan Selangor sempena Minggu Destini Siswa sesi Oktober 2024-Februari 2025 telah berjaya dijalankan di Kampus Sungai Buloh, Kampus Puncak Perdana dan Kampus Puncak Alam. Sesi ini bertujuan menambahkan pengetahuan mahasiswa terhadap UiTM amnya, dan UiTM Cawangan Selangor khususnya, selain memberi peluang kepada mahasiswa baharu berkenalan dan beramah mesra dengan pihak pengurusan.

Barisan pengurusan yang diketuai oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor, bersama barisan Jawatankuasa Eksekutif Negeri serta kakitangan pentadbiran, akademik dan kolej kediaman telah meluangkan masa dan menyantuni seramai 3,462 orang mahasiswa baharu UCS secara keseluruhannya bagi mengalu-alukan kedatangan mereka dan memperkenalkan UiTM Cawangan Selangor.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000