SELAMAT DATANG KE

DENAI CADAMBA

PENGENALAN

Image
Denai Cadamba di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam merupakan sebahagian dari kawasan hijau yang masih terpelihara dari arus pembangunan kampus. Kawasan ini merupakan sebahagian fragmentasi hutan hujan tropika yang masih mengekalkan ekosistem kompleks yang menjadi habitat kepada pelbagai spesies dan umur tumbuhan. Meskipun telah mengalami aktiviti pembalakan, kawasan ini masih mengekalkan ciri-ciri umum hutan hujan tropika dari segi profil hutan.

Menyedari keunikan kawasan ini beberapa siri eksplorasi telah dijalankan bermula dari tahun 2016 bagi meneroka potensi yang boleh dimanfaatkan menerusi kewujudan hutan ini. Hasilnya denai ini telah dibuka secara rasminya pada 29 Mac 2018. Acara perasmian telah disempurnakan oleh Rektor UiTM Cawangan Selangor pada ketika itu, Profesor Dato’ Dr. Abu Bakar Abdul Majeed.

Denai Cadamba menawarkan jarak penerokaan (hiking) sejauh 5.4 kilometer bermula dari Kolam 5 dan berakhir di Kolam 8. Puncak tertinggi denai ini ialah puncak Bukit Cadamba dengan ketinggian 180 meter dari aras laut yang juga merupakan puncak tertinggi sekitar kawasan Puncak Alam. Sekiranya cuaca baik, kawasan perairan Selat Melaka bermula dari Pelabuhan Klang hingga Kuala Selangor dapat dilihat dengan jelas dari Puncak Cadamba.

Selain menawarkan aktiviti riadah yang mencabar dan menyihatkan, denai ini juga kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna. Justeru, ianya telah menarik ramai penyelidik dari pelbagai PTJ UiTM seperti AuRINs, Fakulti Farmasi dan Fakulti Sains Gunaan untuk meneroka dan mengkaji khazanah alam semulajadi yang terdapat di sini. Bagi aktiviti riadah, denai ini sering dijadikan lokasi program-program berasaskan kemahiran hidup (survival) anjuran Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi, PALAPES dan Pusat Kokurikulum UiTM.

Denai Cadamba ini dibuka untuk aktiviti rekreasi jungle trekking, namun pihak luar dan orang awam perlu mendapatkan kelulusan dan permit dari pihak UiTM Cawangan Selangor terlebih dahulu. Untuk Tempahan dan Pegawai Yang Perlu Dihubungi bagi kemudahan rekreasi, sila klik butang di bawah:



Dapatkan pandu arah ke Denai Cadamba melalui https://spot.uitm.edu.my/. Pilih Menu Facility, klik fasiliti dan pilih Denai Cadamba.

HUTAN CADAMBA JUGA DIGUNAKAN SEBAGAI LOKASI BAGI MENJALANKAN AKTIVITI REKREASI LUAR BAGI BEBERAPA SUBJEK UNIVERSITI

Fakulti Pendidikan (Subjek : Kepimpinan Dalam Rekreasi Luar)

1. KEM AMALI AWAL PERKHEMAHAN (INTRO CAMP)
MASA : 3 HARI 2 MALAM (SETIAP SEMESTER)

2. AMALI KOMPAS : ORIENTASI KOMPAS
MASA : SETIAP SEMESTER

3. AMALI KELANGSUNGAN HIDUP : JUNGLE TREKKING
MASA : SETIAP SEMESTER

4. AMALI PENGURUSAN KUMPULAN : TEAM GAMES MANAGEMENT / TEAM BUILDING GAMES
MASA : SETIAP SEMESTER

5. AMALI PENGURUSAN KECEDERAAN REKREASI : BANTUAN KECEMASAN AWAL (FIRST AID)
MASA : SETIAP SEMESTER

Persatuan Trainer UiTM (Program Rekreasi Luar)

1. TRAINING OF TRAINERS (TOT)
TARIKH : 24 NOVEMBER 2022 - 27 NOVEMBER 2022

2. LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN WARGA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUNCAK ALAM 3
TARIKH : 10 JUN 2023
KERJASAMA : SMK PUNCAK ALAM 3

3. JUNGLE TREKKING TRAINER
TARIKH : 11 JUN 2023

4. PERKHEMAHAN TAHUNAN TRAINER
TARIKH : 16 JUN 2023 - 18 JUN 2023
KERJASAMA: -

5. PERKHEMAHAN PELAJAR SMK ASSUNTA, PETALING JAYA
TARIKH : 27 OKTOBER 2023 – 28 OKTOBER 2023

6. AMALI REKREASI PELAJAR UNIT KOKURIKULUM UCS 2023
TARIKH : 16 DISEMBER 2023
KERJASAMA : UNIT KOKURIKULUM UCS

7. PERKHEMAHAN PELAJAR GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE (GMI) TRAINING OF FACILITATORS AND LEADERSHIP CAMP 2024
TARIKH : 6 JANUARI 2024 – 7 JANUARI 2024

8. JOM HEALING INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (ILKKM)
TARIKH : 18 FEBRUARI 2024

9. LATIHAN INTENSIF BAKAL KOMANDER KESATRIA UCS
TARIKH : 24 FEBRUARI 2024

10. EHSAN HIKING DAY
TARIKH : 23 JULAI 2024

11. PERKHEMAHAN KEM SEKOLAH MENENGAH PUCHONG PERDANA
TARIKH : 22 OGOS 2024 – 24 OGOS 2024

12. PERKHEMAHAN KHALIFAH SEKOLAH MENENGAH ISLAM INTERGRASI AL-AMIN
TARIKH : 18 OKTOBER 2024 – 20 OKTOBER 2024

GALERI AKTIVITI

TREK CADAMBA

Image


Jarak trek MULA – TAMAT= 5.4 km

Denai berada di dalam hutan sekunder berkeluasan 120 ekar

CADAMBA - SEIRING MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SDG)

Sustainable Development Goals
Image
Image
Image
Image
Image
Image

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000