Penyelidikan dan Inovasi

PENGENALAN

Pejabat Penyelidikan & Inovasi (P&I) telah diiktiraf sebagai kampus cawangan berintensifkan penyelidikan sepertimana yang diputuskan di dalam Mesyuarat Eksekutif Negeri Bil 14/2017 yang bertarikh pada 14 Jun 2017. Penubuhan P&I ini demi untuk memperkasa penyelidikan dan memastikan urusan aktiviti penyelidikan dapat dilaksanakan dan berjalan lancar. Terdapat sepuluh (8) fakulti, satu (1) pusat akademik,  tiga (3) pusat kecemerlangan dan lima (5) kampus di bawah UiTM Cawangan Selangor.


OBJEKTIF

  • Untuk mengurus, menyelaras dan menyediakan perkhidmatan yang diperlukan bagi memastikan kejayaan projek penyelidikan, perundingan dan pengkomersialan.
  • Untuk menyebarkan maklumat dan menyediakan latihan untuk penyelidikan, perundingan, harta intelek dan pengkomersialan.
  • Untuk memastikan inovasi yang berterusan dalam menghasilkan penyelidikan berkualiti, perundingan dan penerbitan.
  • Menyeragamkan satu imej korporat yang menampilkan identiti universiti berintensifkan penyelidikan.
  • Untuk memudahkan penerbitan hasil penyelidikan dalam jurnal berimpak tinggi.

FUNGSI

FUNGSI BPI UCS

Pengurusan dan Kemudahan PenyelidikanMengurus geran-geran penyelidikan dan hal-hal lain seperti permohonan dana penyelidikan dalaman.

  1.  Membantu pentadbiran semua urusan penyelidikan termasuk rekod geran, pemindahan vot dan lain-lain kelulusan tuntutan mengikut polisi RMC.
  2. Penganjuran Bengkel, Program yang berkaitan dengan aktiviti Penyelidikan dan Inovasi

Pengurusan MyRA dan Penarafan

  1. Memastikan sasaran MyRA yang ditetapkan oleh universiti dan perancangan strategik P&I, UCS dicapai.

Pengurusan Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan

  1. Menyelaras kerjasama inovasi, pengkomersilan dan perundingan dengan institusi-institusi dan agensi-agensi lain di dalam dan luarn negara bagi menyemarakkan ketampakan UCS.

Pengurusan Pentadbiran

  1. Pengurusan Mesyuarat Utama
  2. Pengurusan Hal Ehwal Pentadbiran & Sumber Manusia
  3. Pengurusan Program dan Aktiviti Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan perundingan

CARTA ORGANISASI

CARTA FUNGSI

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Bahagian Penyelidikan dan Inovasi UiTM Cawangan Selangor beriltizam akan:-

  1. Memastikan setiap pelanggan mendapat perkhidmatan yang diperlukan.
  2. Memberi peluang kepada pensyarah memohon untuk menjalankan kegiatan akademik melalui penyelidikan, Perundingan, Inovasi dan Penerbitan melalui geran penyelidikan.
  3. Menganjurkan taklimat, latihan dan bengkel menyeluruh mengenai Penyelidikan, Perundingan, Inovasi dan Pengkomersialan dengan sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun ke Fakulti dan Kampus Negeri.
  4. Memproses semakan permohonan kewangan dalam masa empat belas (14) hari bekerja kepada Unit Kewangan apabila di pohon oleh penyelidik.
  5. Memaklumkan keputusan projek penyelidikan Dana Kecemerlangan kepada pemohon dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja sebaik sahaja menerima keputusan daripada Jawatankuasa Penyelidikan Negeri.

EVENT

This browser does not support PDFs. Please download the PDF to view it: Download PDF.

NEWS

This browser does not support PDFs. Please download the PDF to view it: Download PDF.

HUBUNGI KAMI

Bahagian Penyelidikan dan Inovasi
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam
Aras 3, Bangunan FF1
42300 Bandar Puncak Alam
Selangor Darul Ehsan
No. Tel : 03-32574171/03-32584015
                03-32584179/011-28080258
PENYELIDIKAN DAN INOVASI

Penyelaras (Hubungan Industri & Antarabangsa)

NAMA JAWATAN NO. TELEFON NO. FAKS
Profesor Ir. Ts. Dr. Mohamad Hafiz Mamat Timbalan Rektor (Penyelidikan & Inovasi) 03 3258 4333 03 3258 4183
Prof. Madya Dr Aida Maria Ismail Koordinator Pengurusan Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan 03-3258 7855
Profesor Madya Dr. Siti Sabariah Buhari Koordinator Pengurusan Penyelidikan 03 3258 4379
Ts. ChM. Dr. Wan Zuraida Wan Mohd Zain Koordinator Pengurusan MyRA, Penarafan dan Ruang Sepunya  
KOSONG    
Dr Siti Azma Binti Jusoh Penyelaras MAKERLAB UCS  
Encik Qamarul Anuar Mohamad Penolong Pendaftar Kanan 03 3258 4179
Puan Aryanti Misdar Pegawai Eksekutif Kanan 03 3258 4171
Puan Immazura Binti Othman Setiausaha Pejabat Kanan 03 3258 4015
Puan Noor Rafidah Binti Baharum Kerani Kanan 03 3258 4080
Puan Siti Aminah Daniyan Kerani Kanan 03 3258 7790

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000