Pilih bahasa anda

Sambutan Hari OKU Peringkat Negeri Selangor 2025

 

20 Disember 2025 - Sekitar Sambutan Hari OKU Peringkat Negeri Selangor 2025 yang berlangsung di Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor, Kampus Selayang. Program anjuran Kerajaan Negeri Selangor melalui Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) dengan kerjasama UiTM melalui U-DServeD ini mencerminkan kerjasama strategik dalam memperkukuh ekosistem pembangunan komuniti OKU di Selangor.

UiTM Cawangan Selangor berbangga menjadi sebahagian daripada usaha memperkasakan pendidikan, bakat dan penglibatan komuniti OKU. Komitmen ini mencerminkan aspirasi bersama ke arah masyarakat inklusif, sejahtera dan mampan di Selangor.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000