Select your language

Program Casuarina ArtBeat: Palette of Hope x ADE681 EDU SULAM 2025

 

21 Disember 2025 - Syabas dan tahniah diucapkan kepada Sukarelawan Kolej Casuarina serta pelajar Program Pendidikan Seni dan Seni Reka, Fakulti Pendidikan UiTM Cawangan Selangor atas pencapaian cemerlang mencipta sejarah dengan menerima anugerah Malaysia Book of Records (MBOR) melalui Program Casuarina ArtBeat: Palette of Hope x ADE681 EDU SULAM 2025 sempena Sambutan Hari OKU Peringkat Negeri Selangor 2025.

Kejayaan ini dicapai melalui penghasilan karya batik secara bersepadu dan profesional, bermula dengan mencanting lebih 100 frame bersaiz 2x2 kaki bermotifkan Selangor oleh pelajar Fakulti Pendidikan, diikuti aktiviti mewarna batik oleh 515 peserta OKU dari dalam dan luar Selangor. Jualan amal daripada karya batik ini akan disalurkan ke Tabung Cakna OKU UiTM dan YANIS, memberi manfaat terus kepada komuniti OKU, sejajar dengan misi UiTM Cawangan Selangor memupuk inklusiviti dan tanggungjawab sosial.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000