
22 Disember 2025 - Unity Camp Zamrud, Baiduri & Rafflesia di UiTM Cawangan Selangor berjaya dianjurkan dengan penuh pengisian bermakna dan pengalaman yang membina semangat kerjasama. Program ini merekodkan penyertaan seramai 34 JPK, 12 staf Unit Pengurusan Kolej dan 12 Staf Residen Kolej (SRK), melalui pelbagai aktiviti mencabar fizikal, mental dan emosi yang direka khas untuk mengasah kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kreativiti.
Syabas kepada semua JPK, jawatankuasa penganjur, fasilitator dan staf yang menjayakan program ini, kerana berjaya membentuk JPK yang berdisiplin, berkeyakinan dan bertanggungjawab, serta menjadikan pengalaman ini satu kenangan bermakna dan panduan dalam melaksanakan amanah kepimpinan di kolej masing-masing.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
