
25 Disember 2025 - Program “Intangible Cultural Heritage Meets Ice and Snow” di Heilongjiang University of Finance and Economics, Harbin membuka peluang pembelajaran global dan pertukaran budaya kepada pelajar UiTM Cawangan Selangor.
Penyertaan delegasi pelajar dari Jawatankuasa Perwakilan Non-Resident bersama pegawai pengiring telah memperkaya pengalaman rentas budaya melalui penghayatan warisan seni tidak ketara serta eksplorasi seni ais dan salji, sekali gus memperkukuh kemahiran kepimpinan, komunikasi dan pemahaman global. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur dan semua pihak yang menjayakan inisiatif mobiliti pelajar ini, selari dengan aspirasi pengantarabangsaan pendidikan.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
