Select your language

Majlis Apresiasi Penceramah dan Moderator Program Bicara Pentadbir@UCS & Upskill@UCS

 

5 Januari 2026 - Sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen dan sumbangan warga pentadbir dalam memperkukuh budaya perkongsian ilmu, Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia (BPSM), UiTM Cawangan Selangor telah menganjurkan Majlis Apresiasi Penceramah dan Moderator Program Bicara Pentadbir@UCS & Upskill@UCS, melibatkan seramai 35 orang pentadbir merentas jabatan.

Majlis diserikan dengan penyerahan sijil penghargaan kepada para penceramah dan moderator serta jamuan hi-tea bersama Rektor dan Pengurusan Eksekutif UiTM Cawangan Selangor. Penganjuran majlis ini diharap dapat menyemai semangat perkongsian ilmu dan peningkatan kemahiran secara berterusan dalam kalangan warga pentadbir.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000