
5 Januari 2026 - Majlis bacaan Yasin dan Tahlil telah diadakan diadakan selepas solat Isyak di Surau Ibnu Sina Kampus UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam bagi mendoakan 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡𝐲𝐚𝐫𝐡𝐚𝐦 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐒𝐡𝐚𝐛𝐢𝐥 𝐈𝐦𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐒𝐚𝐥𝐥𝐚𝐡𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧 yang telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan.
Majlis ini telah dihadiri oleh rakan dan taulan serta jemaah Surau Ibnu Sina dengan iringan doa agar Allah SWT mengampuni, merahmati dan menaungi kasih sayang-Nya ke atas Allahyarham dan ditempatkan di dalam syurga bersama orang orang beriman dan beramal soleh.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
