
6 Januari 2026 - Program FUNVENTURES telah berjaya dilaksanakan di Kolam Basah 8, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam hasil penganjuran bersama Jawatankuasa Perwakilan Kolej Casuarina sesi 2025/2026 dan mahasiswa Program Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Fakulti Pendidikan UiTM Cawangan Selangor. Program yang melibatkan penyertaan seramai 152 orang peserta terdiri daripada pelajar UiTM, pelawat luar dan pelajar antarabangsa ini memberi pengalaman menarik melalui pelaksanaan aktiviti sukan dan rekreasi lasak seperti berkayak, zipline, abseiling dan water crossing.
Penganjuran FUNVENTURES turut memberi pendedahan langsung kepada peserta terhadap aktiviti mencabar yang menyokong pembangunan kecergasan fizikal, semangat kerjasama serta pembentukan sahsiah positif selaras dengan usaha universiti melahirkan mahasiswa yang seimbang dan berdaya saing.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
