
7 Januari 2026 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar, dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, UiTM Cawangan Selangor, telah menganjurkan Sesi Libat Urus Tatakelola dan Prosedur Permohonan Kenderaan Rasmi UiTM bagi program pelajar. Program ini menghimpunkan hampir 200 orang peserta yang terdiri daripada Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, penasihat persatuan, presiden persatuan serta wakil fakulti.
Sesi ini berperanan sebagai platform perkongsian maklumat secara langsung berkaitan tatakelola dan prosedur permohonan kenderaan rasmi, di samping membincangkan isu serta cabaran pelaksanaan yang sering dihadapi. Usaha ini dilaksanakan bagi menyokong penambahbaikan berterusan, melancarkan urusan pentadbiran, serta meningkatkan kecekapan pelaksanaan program pelajar di UiTM Cawangan Selangor.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
