Select your language

ZB Earth Hour 2026

 

7 Januari 2026 - UiTM Cawangan Selangor terus komited memupuk kesedaran alam sekitar di kalangan warga kampus. ZB Earth Hour 2026 yang berlangsung di Kolej Kediaman Zamrud dan Baiduri telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan aktif warga kolej, mengajak semua untuk memadam lampu serta peralatan elektrik yang tidak diperlukan selama satu jam sebagai simbol tanggungjawab bersama terhadap kelestarian bumi.

Program ini bukan sahaja menekankan kepentingan penjimatan tenaga, tetapi juga menjadi platform untuk mendidik komuniti kampus agar lebih peka terhadap isu perubahan iklim dan penggunaan sumber secara berhemah. Setiap tindakan kecil, seperti memadam lampu dan mengurangkan penggunaan elektrik, menunjukkan komitmen kolektif dalam menjaga alam sekitar.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000