Select your language

Bengkel Asas Etika Meja Makan

 

9 Januari 2026 - Sesi CorporateCircle bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah dilaksanakan sebagai inisiatif oleh Unit Komunikasi Korporat bagi mendekatkan perkhidmatan kepada setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) serta komuniti kampus. Sesi ini disertai seramai 62 orang staf merangkumi pentadbiran HEP, unit dan kolej. Melalui platform CorporateCircle, sesi ini berperanan memperjelas fungsi Unit Komunikasi Korporat, memantapkan prosedur permohonan perkhidmatan, meningkatkan komunikasi dua hala, serta mengukuhkan jaringan kerjasama strategik bersama staf HEP. Inisiatif ini diharapkan dapat memperkasakan koordinasi, meningkatkan kefahaman bersama dan menyokong kecemerlangan hal ehwal korporat di UiTM Cawangan Selangor.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000