
10 Januari 2026 - Program Pengurusan Jenazah Remaja Prihatin telah berjaya dilaksanakan hasil anjuran Jawatankuasa Perwakilan Non Residen, UiTM Cawangan Selangor dengan kerjasama Badan Khairat Kematian Surau Al-Furqan Fasa 2, Puncak Alam. Program ini telah disertai seramai 54 orang peserta yang terdiri daripada remaja penduduk Puncak Alam dan pelajar UiTM Cawangan Selangor, sebagai usaha memperkukuh kefahaman asas berkaitan tatacara pengurusan jenazah menurut syariat Islam.
Selain memberi pendedahan praktikal, program ini turut bertujuan menyemai kesedaran tentang hakikat kematian sebagai satu peringatan dalam membentuk keinsafan, nilai keprihatinan serta penghayatan terhadap kehidupan dalam kalangan peserta.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
