Select your language

Lawatan Penanda Aras (Benchmarking) MRF Kerja Penurapan Jalan (Road Resurfacing) ke UiTM Cawangan Pahang, Kampus Raub

 

14 Januari 2026 - Pejabat Pengurusan Fasiliti telah mengadakan Lawatan Penanda Aras (Benchmarking) MRF Kerja Penurapan Jalan (Road Resurfacing) ke UiTM Cawangan Pahang, Kampus Raub sebagai usaha memperkukuh pelaksanaan projek penyelenggaraan infrastruktur kampus secara berkesan dan berimpak tinggi. Lawatan ini melibatkan seramai 15 orang staf yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pelaksanaan projek berkaitan.

Sesi penanda aras ini memberi tumpuan kepada input strategik merangkumi amalan terbaik, kaedah pelaksanaan kerja, kawalan kualiti serta pengurusan projek MRF bagi kerja-kerja penurapan jalan yang telah dilaksanakan dengan jayanya, sebagai rujukan dan panduan penambahbaikan berterusan dalam pelaksanaan projek penyelenggaraan kampus.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000