
14 Januari 2026 - Unit Kokurikulum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah berjaya menganjurkan Program Larian Patriotisme @UCS 2026 yang bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan mahasiswa menerusi aktiviti fizikal, sukan serta amalan gaya hidup sihat. Sebagai tanda sokongan, para peserta mengenakan pakaian yang menzahirkan semangat patriotisme dan identiti Malaysia sepanjang program berlangsung.
Program yangmelibatkan penyertaan 3 orang Pegawai Kokurikulum, 60 orang Jurulatih Kokurikulum, 90 orang Komander Kesatria serta seramai 2,600 orang mahasiswa Semester 1 hingga 3 yang mengikuti jadual latihan pada hari Rabu ini sekali gus mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam melahirkan mahasiswa yang sihat, berdisiplin dan berjiwa patriotik.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
