
16 Januari 2026 - Sesi kunjungan hormat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2025/2026 UiTM Cawangan Selangor kepada Rektor telah berjaya dilangsungkan bagi memperkenalkan barisan MPP serta pembentangan manifesto.
Rektor bersama barisan pengurusan kanan merakamkan ucapan tahniah atas penubuhan jawatankuasa MPP dan berharap seramai 24 orang pewakilan pelajar yang dilantik dapat melaksanakan amanah dengan penuh integriti, selain membina sinergi berterusan bersama pihak pengurusan dalam memelihara nama baik dan imej universiti.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
