
16 Januari 2026 - UiTM Cawangan Selangor sentiasa prihatin terhadap kesejahteraan warga kampus. Penyerahan kenderaan rasmi baharu kepada Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia (BPSM), bagi menggantikan kenderaan lama yang dilupuskan, menzahirkan komitmen pihak pengurusan dalam memastikan kelancaran operasi dan sokongan kemudahan pengangkutan rasmi kampus dapat dijalankan dengan lebih efisien.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan inisiatif ini.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
