
16 Januari 2026 - Unit Komunikasi Korporat meneruskan pelaksanaan CorporateCircle bersama empat Pusat Tanggungjawab (PTJ) UiTM Cawangan Selangor iaitu Kampus Sungai Buloh, Pejabat Pengurusan Fasiliti, Bahagian Penyelidikan dan Inovasi serta Bahagian Pentadbiran Sumber Manusia sebagai inisiatif berterusan bagi mendekatkan perkhidmatan kepada komuniti kampus.
Sesi ini diharap dapat memperkukuh kefahaman serta kerjasama antara Unit Komunikasi Korporat dan warga PTJ, di samping menyokong penyelarasan keperluan komunikasi serta pengurusan hal ehwal korporat di peringkat kampus agar dilaksanakan secara lebih tersusun, berkesan dan bersepadu.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
