
17 Januari 2026 - Unit Hal Ehwal Islam dengan kerjasama Persatuan Rakan Masjid telah berjaya menganjurkan Program Malam Tarbiyah Hati di Surau Ibnu Sina, Kampus Puncak Alam. Program bermula dengan Qiamullail seawal jam 4.30 pagi dan diakhiri dengan sesi senaman pagi di perkarangan surau.
Semoga pengisian rohani ini melapangkan hati serta mendoakan kejayaan mahasiswa yang bakal menduduki peperiksaan akhir semester.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
