
17 Januari 2026 - Majlis Perasmian Mental Awareness Week 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Kampus Dengkil, anjuran Unit Psikologi dan Kaunseling dengan kerjasama Kelab PEERS dan Rakan Kaunselor, UiTM Cawangan Selangor. Penganjuran ini memberi fokus kepada usaha meningkatkan kesedaran serta kefahaman pelajar terhadap kepentingan kesihatan mental dan kesejahteraan emosi.
Pelbagai pengisian menarik telah dilaksanakan merangkumi pertandingan, forum dan pameran yang dirangka bagi menyokong perkembangan emosi pelajar serta memupuk budaya kampus yang lebih prihatin dan menyokong.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
