Select your language

Program Simposium Patriotisme @UCS 2026

 

17 Januari 2026 - Program Simposium Patriotisme @UCS 2026 telah dianjurkan oleh Unit Kesatria dan Kokurikulum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar sebagai platform berimpak tinggi dalam menyemai semangat patriotisme serta memperkukuh jati diri dan kepimpinan mahasiswa. Simposium ini melibatkan seramai 65 orang peserta yang terdiri daripada pemimpin pelajar pelbagai persatuan.

Pelaksanaan simposium merangkumi pelbagai pengisian bermakna termasuk Latihan Dalam Kumpulan (LDK), pembentangan usul berkaitan isu semasa serta ceramah patriotisme. Sebagai manifestasi sokongan dan semangat cintakan negara, para peserta turut mengenakan Pakaian Kebangsaan sepanjang sesi ceramah berkenaan.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000