
22 Januari 2026 - Karnival Sukan Antara Staf (KASSUS) UiTM Cawangan Selangor Edisi Ke-2 membuka tirai dengan penuh kemeriahan. Penyertaan sebanyak 15 kontinjen yang telah mengesahkan penyertaan membuktikan semangat perpaduan serta kesukanan yang tinggi dalam kalangan warga UiTM Cawangan Selangor.
Gelanggang terus ‘panas’ dengan aksi pembukaan menerusi acara Badminton Berpasukan, Futsal Lelaki dan Bola Tampar Lelaki. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua staf yang mempamerkan mutu permainan yang cemerlang serta semangat juang yang tinggi demi menjulang nama kontinjen masing-masing.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
