
23 Januari 2026 - Aksi di Karnival Sukan Antara Staf (KASSUS) UiTM Cawangan Selangor Edisi Ke-2 2026, yang melibatkan 15 kontinjen merentas jabatan dan fakulti, terus menyaksikan persaingan sengit dalam kalangan atlet. Kelincahan, strategi dan kerjasama berpasukan yang dipamerkan di gelanggang Bola Tampar Wanita mencerminkan komitmen tinggi setiap kontinjen dalam merebut kemenangan.
Dalam pada itu, perlawanan akhir Badminton Berpasukan menjadi pentas kemuncak yang sarat dengan semangat juang dan nilai kesukanan. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua atlet dan sekretariat atas dedikasi serta usaha berterusan dalam memastikan kelancaran kejohanan.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
