
25 Januari 2026 - Karnival Sukan Antara Staf UiTM Cawangan Selangor (KASSUS) 2026 kini sampai ke penghujungnya. Debaran kian terasa bagi para atlet Bola Jaring, Bola Sepak 9 Sebelah, dan Petanque yang turun ke gelanggang untuk merebut gelaran juara dalam acara separuh akhir dan akhir hari ini.
Syabas diucapkan kepada semua pasukan yang berjaya melangkah ke peringkat ini. Menang atau kalah adalah adat pertandingan, namun semangat setiakawan dan kecergasan yang dipupuk menjadi kemenangan sebenar buat semua warga UiTM Cawangan Selangor.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
