Select your language

Majlis Perasmian Penutup Karnival Sukan Antara Staf (KASSUS) UiTM Cawangan Selangor Edisi Ke-2

 

26 Januari 2026 - Karnival Sukan Antara Staf UiTM Cawangan Selangor (KASSUS) 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh gilang gemilang menerusi Majlis Perasmian Penutup yang berlangsung meriah. Sekalung tahniah diucapkan kepada Kontinjen Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) atas kejayaan cemerlang mengekalkan kejuaraan KASSUS bagi edisi kali ini, sekali gus memperlihatkan prestasi yang amat membanggakan.

Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada semua kontinjen yang bertanding atas semangat kesukanan yang tinggi, komitmen jitu serta daya saing yang sihat sepanjang kejohanan berlangsung. Semoga semangat perpaduan dan amalan gaya hidup sihat ini terus subur dalam kalangan warga UiTM Cawangan Selangor

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000