
27 Januari 2026 - Unit Sukan UiTM Cawangan Selangor telah mengadakan lawatan kerja ke Kampus Sungai Buloh bagi membincangkan perkara berkaitan kemudahan sukan, perancangan program sukan serta penempatan staf. Perbincangan bersama pihak pengurusan kampus, Majlis Perwakilan Pelajar dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej ini menjadi platform penting dalam menyelaras keperluan serta hala tuju pembangunan sukan kampus.
Susulan lawatan tersebut, Unit Sukan akan melaksanakan tindakan susulan dalam masa terdekat bagi memastikan keputusan dan cadangan yang dipersetujui dapat direalisasikan secara teratur dan berkesan demi kesejahteraan warga kampus.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
