
28 Januari 2026 - Bahagian Penyelidikan dan Inovasi telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Penyelidikan dan Inovasi ke Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Delegasi BPI disambut oleh YBrs. Prof. Dr. Nafarizal Nayan, Pengarah RMC UTHM, beserta barisan pengurusan dan staf. Lawatan ini bertujuan memperkukuh pemahaman serta menimba amalan terbaik dalam pengurusan ekosistem penyelidikan dan inovasi, termasuk proses pengurusan geran, tatakelola kewangan, dan mekanisme kawalan prestasi penyelidikan secara berintegriti.
Lawatan ini turut memberi fokus kepada aktiviti, struktur organisasi, dan program Pusat Kecemerlangan UTHM, khususnya dalam pemerkasaan kepakaran, penglibatan industri, pemindahan teknologi, serta sumbangan penyelidikan berimpak kepada masyarakat dan negara. Delegasi BPI juga dibawa melawat Institut for Integrated Engineering (I2E) dan melalui sesi perbincangan bersama pihak RMC, lawatan ini diharapkan menjadi rujukan strategik untuk meningkatkan kecekapan pengurusan penyelidikan dan inovasi, seterusnya menyokong pembangunan ekosistem penyelidikan yang mampan dan berdaya saing di UiTM.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
