
30 Januari 2026 - Solat Sunat Hajat serta Doa Munajat khas telah diadakan di Surau Ibnu Sina, Kampus Puncak Alam selepas Solat Jumaat sebagai ikhtiar memohon pertolongan Allah SWT agar para pelajar dikurniakan keyakinan, ketenangan dan kemudahan dalam menghadapi peperiksaan akhir semester.
Semoga segala usaha dan pengorbanan para pelajar diberkati, dipermudahkan urusan serta menjadi asbab kejayaan untuk berbakti kepada agama, keluarga, masyarakat dan negara.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
