
30 Januari 2026 - Bersempena Israk dan Mikraj, Unit Hal Ehwal Islam telah menganjurkan Program Amazing Race: Jejak Israk Mikraj bertemakan Akal Cerdas, Badan Sihat. Program ini melibatkan 10 kumpulan merentasi jabatan, unit dan fakulti di Kampus Puncak Alam.
Inisiatif ini diharap dapat menyemarakkan penghayatan terhadap kisah mukjizat agung Nabi Muhammad SAW, di samping memperkukuh nilai spiritual, kebersamaan serta kesejahteraan warga kampus.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
