
30 Januari 2026 - Majlis Penghargaan Pelajar Latihan Industri telah dianjurkan sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan komitmen pelajar yang menjalani latihan industri selama lima bulan di Bahagian Digital, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam. Majlis ini mencerminkan penghargaan institusi terhadap penglibatan pelajar dalam menyokong keperluan operasi dan perkhidmatan Wireless Essentials kepada peserta yang berjaya menamatkan latihan dan peperiksaan berkaitan.
Diharapkan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan secara berterusan sebagai asas kukuh dalam memperkukuh kompetensi serta pembangunan kerjaya profesional pada masa hadapan.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
