Select your language

Sesi Libat Urus Warga UiTM Cawangan Selangor Bersama Rektor 2026

 

4 Feburari 2026 - Sesi Libat Urus Warga UiTM Cawangan Selangor Bersama Rektor 2026 anjuran Unit Komunikasi Korporat dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menjadi platform penyampaian ‘Keberhasilan Bersama 2025 serta Aspirasi & Halatuju 2026’. Perkongsian yang disampaikan di hadapan 336 orang warga kerja di bawah pentadbiran dan pengurusan Pejabat Rektor ini diharap dapat memberi nilai tambah kepada perancangan pembangunan warga secara lebih tersusun dan berfokus ke arah pencapaian kecemerlangan berterusan.

Majlis turut menyaksikan peluncuran coffee table book ‘LEGASI’ terbitan Unit Komunikasi Korporat serta penyampaian Sijil Pencapaian Prestasi 2025 kepada Pusat Tanggungjawab. Program ini sekali gus mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh kecemerlangan UiTM Cawangan Selangor.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000