
16 Februari 2026 - Majlis Apresiasi Bahagian Digital 2025 telah berlangsung dengan penuh bermakna sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen, dedikasi dan sumbangan warga kerja dalam memperkasa kecemerlangan perkhidmatan digital kampus. Penganjuran ini menjadi simbol pengiktirafan terhadap usaha kolektif yang menyokong kelancaran penyampaian perkhidmatan kepada warga universiti.
Majlis turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada individu dan pasukan berprestasi cemerlang serta penghargaan kepada pelajar latihan industri, sekali gus menyemarakkan aspirasi untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat

