
23 Februari 2026 - Suasana aktiviti tadarus dalam kalangan staf UiTM Cawangan Selangor pada waktu rehat sepanjang bulan Ramadan mencerminkan pengisian rohani yang penuh ketenangan dan keberkatan. Program yang melibatkan 14 kumpulan dengan penyertaan seramai 185 orang staf merentas fakulti dan jabatan ini telah bermula pada awal Ramadan sehingga 13 Mac 2026.
Aktiviti ini menjadi ruang refleksi serta menyemai keseimbangan antara tuntutan profesional dan penghayatan rohani, sekali gus memperkukuh ukhuwah dalam suasana kerja yang harmoni.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
