
26 Feburari 2026 - Lawatan Rektor @ Fakulti Filem, Teater dan Animasi
Sesi lawatan dan perjumpaan Rektor bersama Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi telah diadakan bagi mendapatkan maklumat menyeluruh serta meninjau infrastruktur yang memerlukan perhatian dan penambahbaikan. Inisiatif ini bertujuan memastikan kemudahan yang disediakan seperti studio, bilik produksi, bilik kuliah dan ruang kreatif terus menyokong proses pengajaran dan pembelajaran secara optimum.
Diharapkan inisiatif ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik dan pembangunan kreatif warga fakulti.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
