
27 Feburari 2026 - Lawatan Rektor @ Fakulti Farmasi
Perjumpaan bersama Dekan dan sesi lawatan Rektor ke Fakulti Farmasi memberi tumpuan kepada penilaian makmal fakulti serta fasiliti yang menyokong aktiviti akademik dan penyelidikan. Perbincangan terbuka yang diadakan memberi gambaran jelas mengenai keperluan semasa fakulti dan aspek yang perlu diberi penambahbaikan.
Lawatan berfokus ini mencerminkan komitmen UiTM Cawangan Selangor dalam menyediakan persekitaran infrastruktur pembelajaran yang selamat, lestari dan kondusif.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
