Select your language

Lawatan Rektor @ Fakulti Pengurusan dan Perniagaan

 

27 Feburari 2026 - Lawatan Rektor @ Fakulti Pengurusan dan Perniagaan

Perjumpaan dan perbincangan Rektor bersama Dekan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan telah diadakan bagi mendapatkan gambaran menyeluruh tentang keperluan semasa fakulti. Sesi libat urus ini menumpukan penilaian keperluan penambahbaikan bilik kuliah, ruang rehat pensyarah serta keperluan fasiliti melibatkan program akademik.

Inisiatif ini menekankan komitmen pengurusan kampus dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selesa dan efisien di UiTM Cawangan Selangor. Penambahbaikan yang dicadangkan diharap menyokong kecemerlangan akademik serta kesejahteraan warga fakulti.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000