
27 Feburari 2026 - Lawatan Rektor @ Fakulti Sains Kesihatan
Sesi perbincangan Rektor bersama Dekan Fakulti Sains Kesihatan telah diadakan bagi menilai fasiliti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan serta mengenal pasti peluang penambahbaikan. Dialog terbuka ini membantu membentuk persekitaran akademik yang lebih efisien dan kondusif.
Lawatan berfokus ini menzahirkan kesungguhan UiTM Cawangan Selangor dalam memperkukuh fasiliti pengajaran dan pembelajaran, sekaligus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan warga fakulti.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
