Select your language

Semangat kebersamaan melalui program tanggungjawab sosial komuniti di Puncak Alam

 

28 Feburari 2026 - Program tanggungjawab sosial komuniti berjaya dilaksanakan hasil kerjasama erat antara Kolej Zamrud dan Kolej Baiduri UiTM Cawangan Selangor, Surau Al Furqan Puncak Alam, NGO MALROSE serta Alumni Sekolah Menengah Sains Selangor. Seramai 50 orang asnaf di sekitar Puncak Alam telah menerima sumbangan barang makanan dan keperluan harian bagi meringankan beban kos sara hidup semasa.

Semangat kebersamaan dan keprihatinan masyarakat jelas terpancar melalui usaha kolektif semua pihak. Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penyumbang utama, Kerry Sdn. Bhd., atas sokongan yang amat bermakna, dan semoga segala kebaikan ini diberkati serta terus menyemai nilai kasih sayang dan solidariti dalam komuniti Puncak Alam.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000