Select your language

Majlis Penutupan Festival Sentuhan Kasih Ramadan (FESKARA) 3.0 dan Iftar Perdana Kampus Sungai Buloh dan Selayang 2026

 

28 Feburari 2026 - Majlis Penutupan Festival Sentuhan Kasih Ramadan (FESKARA) 3.0 dan Iftar Perdana Kampus Sungai Buloh dan Selayang 2026 telah berlangsung dengan penuh keberkatan serta semangat kebersamaan. Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Profesor Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Teknologi MARA atas kesudian meluangkan masa dan menyempurnakan perasmian majlis.

Penghargaan turut dizahirkan kepada Pertubuhan Peduli Insan Malaysia atas kerjasama yang diberikan melalui penganjuran ceramah, pertandingan dan aktiviti kebajikan termasuk penyampaian sumbangan kepada Asrama Anak Yatim Damai Kuang. Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memupuk budaya keprihatinan serta memperkukuh hubungan antara kampus dan komuniti.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000