Select your language

Kunjungan hormat Jawatankuasa Persatuan Sukan dan Kebajikan Kakitangan (PSKK) UiTM Cawangan Selangor

 

4 Mei 2026 - Sesi kunjungan hormat Jawatankuasa Persatuan Sukan dan Kebajikan Kakitangan (PSKK) UiTM Cawangan Selangor bagi sesi 2026–2028 telah diadakan bersama YBrs. Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, Menjalankan Fungsi Rektor UiTM Cawangan Selangor serta barisan pengurusan kanan. Sesi ini membuka ruang memperkenalkan 10 orang ahli jawatankuasa baharu yang telah dilantik, di samping berkongsi pandangan serta membincangkan perkara berkaitan kebajikan kakitangan, perancangan aktiviti sukan dan hala tuju pembangunan organisasi persatuan.

Turut berlangsung penyerahan surat lantikan sebagai simbolik pelantikan rasmi barisan jawatankuasa. Diharapkan usaha ini dapat memperkukuh peranan persatuan dalam menyokong kebajikan warga serta memacu pelaksanaan aktiviti yang lebih inklusif dan berimpak. Tahniah diucapkan kepada barisan jawatankuasa yang dilantik, semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan cemerlang.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000