Select your language

Sesi libat urus Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor

 

5 Mei 2026 - Satu sesi libat urus Bahagian Hal Ehwal Pelajar bersama YBrs. Profesor Dr Mohd Hafiz Mohd Hanafiah, yang Menjalankan Tugas Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar telah diadakan dengan penglibatan seramai 91 orang staf dan wakil pemimpin pelajar. Sesi ini bertujuan menyampaikan maklumat secara menyeluruh berkaitan hal ehwal pelajar merangkumi aspek kebajikan, pembangunan sahsiah serta sokongan akademik dan bukan akademik, di samping menjadi platform membincangkan isu-isu semasa yang memberi kesan kepada persekitaran kampus, termasuk cabaran pengurusan pelajar dan keperluan penambahbaikan perkhidmatan.

Perbincangan turut memberi penekanan terhadap aspek disiplin staf meliputi pematuhan kepada peraturan dan etika kerja, peningkatan profesionalisme serta tanggungjawab dalam penyampaian perkhidmatan berkualiti kepada pelajar. Selain itu, sesi ini turut memperincikan langkah penjimatan universiti melalui pengoptimuman penggunaan sumber, kawalan perbelanjaan dan amalan kerja yang lebih efisien. Melalui sesi ini, komitmen berterusan pihak pengurusan kampus turut dizahirkan dalam memastikan kesejahteraan pelajar dan staf sentiasa menjadi keutamaan serta diperkukuh dari semasa ke semasa, selaras dengan aspirasi kecemerlangan UiTM.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000