
7 Mei 2026 - Program Majlis Halaqah Zikrullah UiTM Cawangan Selangor bertemakan “Mencari Cinta Menuju Ilahi” telah berjaya dilaksanakan di Surau Ibnu Sina, Kampus Puncak Alam. Program anjuran Unit Hal Ehwal Islam dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Kolej Dahlia dan Briged Sukarelawan UiTM Cawangan Selangor ini menampilkan penceramah Ustaz Dr. Ashraff Amirul bin Yasir Arafat serta persembahan Kumpulan Qasidah Ittihad.
Program ini bertujuan memberikan pengisian rohani serta sokongan emosi kepada para pelajar dalam usaha menjaga kesihatan mental dan mengurangkan tekanan pembelajaran. Melalui pendekatan kerohanian, zikir dan penghayatan ilmu, program ini turut membantu membentuk jiwa yang lebih tenang, positif dan seimbang, di samping meningkatkan motivasi diri, semangat kebersamaan serta kesejahteraan mental dalam kalangan mahasiswa.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
