
9 Mei 2026 - Bengkel Keusahawanan: Smart Laundry & Clothing Care telah dilaksanakan hasil inisiatif Jawatankuasa Perwakilan Kolej Rafflesia, Kampus Puncak Alam dalam memperkasa mahasiswa dengan kemahiran praktikal serta pengetahuan asas keusahawanan sebagai persediaan ke arah penglibatan dalam Koridor Keusahawanan Kolej Rafflesia, dengan penglibatan seramai 100 orang mahasiswa yang berminat dalam bidang keusahawanan dan penjagaan pakaian. Program ini turut menampilkan Puan Hanis Amani binti Hazuari, Pengasas Laundry Club sebagai penceramah utama bagi berkongsi ilmu dan pengalaman dalam industri dobi moden.
Program ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pengurusan penjagaan pakaian, kemahiran asas dobi serta pengalaman pembelajaran yang mampu meningkatkan nilai tambah diri dan membuka potensi penjanaan pendapatan. Inisiatif ini selari dengan komitmen pihak pengurusan kolej dalam melahirkan mahasiswa yang berdaya saing, kreatif serta memiliki semangat keusahawanan yang tinggi dalam kalangan komuniti UiTM Cawangan Selangor.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
