Select your language

Program Angsana Islamic Night

 

10 Mei 2026 - Program Angsana Islamic Night telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej Angsana dengan kerjasama Persatuan Rakan Masjid bertempat di Surau Ibnu Sina, Kampus Puncak Alam, dengan sambutan yang amat menggalakkan melibatkan seramai 1,300 orang mahasiswa.

Pengisian utama program merangkumi sesi ceramah bertajuk “Kesabaran dan Ketabahan Rasulullah: Pedoman Menghadapi Cabaran Hidup” bersama Ustaz M. Iqbal Hanif, yang menekankan nilai kesabaran, ketabahan serta kecekalan Rasulullah SAW dalam menghadapi pelbagai ujian sebagai panduan kepada mahasiswa dalam mendepani cabaran semasa. Penganjuran program ini turut menzahirkan komitmen pihak pengurusan dalam memperkasa pembangunan sahsiah dan kesejahteraan rohani mahasiswa. Melalui program ini, diharapkan nilai kerohanian, semangat ukhuwah dan keseimbangan sahsiah mahasiswa dapat terus diperkukuh, selaras dengan aspirasi universiti dalam melahirkan graduan yang holistik serta berdaya tahan.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000