
8 Julai 2026 - Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia (BPSM) telah menganjurkan program BPSMConnects@PTJ bersama Bahagian Kewangan UiTM Cawangan Selangor sebagai platform pengukuhan sinergi melalui sesi libat urus bersemuka. Program ini bertujuan menyampaikan maklumat berkaitan perkhidmatan BPSM serta mempertingkat kefahaman dan akses staf terhadap fungsi yang ditawarkan.
Inisiatif ini turut memperkukuh hubungan kerja antara PTJ, meningkatkan kecekapan penyampaian maklumat serta memastikan perkhidmatan yang disediakan lebih tersusun, jelas dan efektif kepada seluruh warga kampus.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat

